Thursday, September 25, 2014

WUDUK YANG SEMPURNA

Bonda  ingin berkongsi sama dengan anakanda dapatan yang bonda perolehi dari kelas Taalim yang bonda hadiri membincangkan tafsiran surah Al Maidah ayat 6-14  bagaimana Allah menekankan wuduk yang sempurna dan wuduk tidak akan sempurna jika tidak dimulakan dengan Bismillah.....Dalam apa jua perbuatan yang akan dilakukan anak-anakku mulailah dengan Bismillah

Ayat 6 Surah Al Maidah ,
Hai orang yang beriman apabila kamu hendak mengerjakan solat
maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku dan sapulah kepalamu dan basuh kakimu sampai buku lali
dan jika kamu junub maka mandilah
dan jika kamu sakit
atau dalam perjalanan
atau kembali dari tempat buang air
atau menyentuh perempuan secara seksual lalu kamu tidak memperolehi air maka
bertayamumlah dengan tanah yang kering
sapulah mukamu dan tangan dengan tanah itu
Allah tidak hendak menyulitkan kamu tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatNya bagimu supaya kamu bersyukur

Dalam tafsiran ayat ini ditekankan akan kebersihan dan kesucian dalam islam samada kesucian fizikal dan spiritual.Allah telah menyenaraikan method bagaimana wuduk tersebut dilaksanakan dan jika ketiadaan air maka kita boleh bertayamum dan keadaan macamana kita boleh bertayamum.

Di Akhirat nanti Rasulullah akan mengenali kita dari cahaya muka yang terpancar dari amalan wuduk yang sempurna dan menjadi kelaziman orang di arab saudi anakku mereka sentiasa memastikan mereka dalam keadaan berwuduk....maka kita juga jadikan amalan supaya kita sentiasa dalam keadaan berwuduk insyaalah....

Seperkara lagi anakandaku doa selepas berwuduk juga ditekankan dan bacalah ya anakanda dan tak panjang mana ayatnya

Sabda Rasullullah SAW:"Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata, 

Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, 
wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, 
Allah hummaj 'alni minat tawwaabin,
waj'alni minal mutatohhiriin 

(maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. 
Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat 
dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri),

akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka.              (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))