Sunday, June 22, 2014

PANDUAN PABILA DIUJI MUSIBAH

Anak-anakku
                               Hidup ini penuh dengan ujian dan cabaran untukmu meneruskan kehidupan dan sesungguhnya ujian dan cabaran tersebut lebih akan mendekatkan kita kepada Maha pencipta Allah swt dan dia juga Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
             Sesungguhnya Allah menginginkan  apabila diri manusia diuji dengan musibah sepatutnya :
1)Mencari jalan keluar
    Kita dikehendaki lawan ujian tersebut dan berusaha untuk mencari jalan keluar kerana usaha kita mencari jalan keluar juga akan diberi pahala.Jangan berputus asa dan cari penyelesaiannya.Minta pada Allah untuk diberi petunjuk dan berdoa dan sesungguhnya mengingati Allah pada waktu senang lebih baik dari waktu susah kerana Allah akan mengingati kita pada waktu susah.Doalah anak-anak setiap masa dan setiap ketika di mana jua kalian berada samada waktu duduk,berdiri,baring dan tidormu....
2) Mencari makna disebalik ujian tersebut
     Allah memberi ujian kepada seseorang yang mampu menanganinya dan ada hikmah disebalik setiap ujian yang diberi .Lihat pada pengajaran disebalik setiap kejadian dan semua ini telah dirancang oleh Allah bukan hidup kebetulan.Ada kebaikan pada setiap sesuatu .
3)Berdoa minta gantian yang lebih baik
      2 peluang Allah jadikan diri kita dan rapat dengan Allah ialah
                       a. hajat
                       b.musibah/ujian
  Maka berdoalah anakku iaitu gantikan yang lebih baik dari yang ada.......

Jangan lupa anakku pesanan ibu sentiasa  berzikir dan berdoa.....

  sumber : youtube ustaz amin dan washap

RAISING CHILDREN IN ISLAM

by
Shaik Ismail Menk
Mufti Zimbabwe

                    Syukur alhamdulillah diberi rezeki dapat menghadirkan diri di Majlis ini
               
There are  6A raising children in islam

  • Attention
  • Acceptence
  • Approval
  • Acknowledge/appreciation
  • Affection
  • Authority

Wednesday, June 18, 2014

10 PERKARA DALAM SOLAT

Anak-anakku
            ketahuilah bahawa dalam solat mempunyai banyak perkara yang perlu dilihat dan diselami yang menjadi tonggak dalam ibadat kita untuk mengadap Maha Pencipta Allah swt.
   
10 perkara dalam solat ialah

  1. Solat membesarkan Allah iaitu Allahuakbar
  2. Minta hidayah menuju jalan yang lurus bukan sahaja agama tetapi keputusan hidup yang tepat iaitu siratol mustaqim
  3. Minta Ampun iaitu Rabbighfirli (Tuhanku,ampuni aku)
  4. Minta dikasihi iaitu warhamni (sayangi aku)
  5. Minta dicukupi iaitu wahdini (berilah aku petunjuk)
  6. Minta darjat iaitu warfa'ni(angkatlah darjatku)
  7. Minta rezeki iaitu Warzuqni(berilah aku rezeki)
  8. Minta sihat iatu Wa'afini(sihatkan aku)
  9. Selawat Nabi Muhammad saw (dalam doa tahiyat )
  10. Sahadah dan salam 
Wahai anak-anakku
         Sewaktu solat tumpulah sepenuh hati kerna dalam solat setiap ungkapan adalah doa.Perhalusi dan hayati doa antara dua sujud ini

1) Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
2) Warhamni (sayangi aku)
3) Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
4) Warfa’nii (angkatlah darjatku)
5) Warzuqnii (berilah aku rezeki)
6) Wahdinii (berilah aku petunjuk)
7) Wa’Aafinii (sihatkan aku)
8. Wa’fuannii (maafkan aku)

*sumber dari youtube ustaz amin

MASA LALU YANG DIRINDUI

Anak-anakku
           Masa pantas berlalu meninggalkan seribu kenangan yang tak mungkin dapat diulang semula terutama detik kamu mula bertatih di bumi Allah ini...kecilmu mudah untuk bonda mengawal segala pergerakan mu namun kini masing-masing kian dewasa adalah menjadi kesukaran buat bonda mengawal segala pergerakan kalian hanya doa dan restu agar kalian sentiasa di bawah perlindungan Allah di mana jua kalian berada





                               Syukur alhamdulillah .....kurniaan terindah buat bonda........
Doa bonda agar kalian menjadi insan soleh yang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat memberi sumbangan kepada diri,keluarga,bangsa,agama,masyarakat dan negara...

Monday, June 16, 2014

PERUBAHAN NAMA BLOG

Dengan rasa tanggungjawab maka ku tukarkan nama blog asalku dari blog yang bercorak akademik yang ku cintai iaitu subjek Ekonomi Asas kini ku tukarkan kepada Warkah buat Anakanda.......

Kelapangan masaku kini yang tidak lagi berstatus guru kini berstatus surirumah dan untuk menjadi warga yang produktif untuk menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat di mana dapatan hasil dari mendengar ceramah agama tak kiralah dari mana sumbernya akak ku kongsi bersama di alam maya ini
CATATAN DARI KOLEKSI CERAMAH khas buat tatapan semua