Thursday, September 25, 2014

WUDUK YANG SEMPURNA

Bonda  ingin berkongsi sama dengan anakanda dapatan yang bonda perolehi dari kelas Taalim yang bonda hadiri membincangkan tafsiran surah Al Maidah ayat 6-14  bagaimana Allah menekankan wuduk yang sempurna dan wuduk tidak akan sempurna jika tidak dimulakan dengan Bismillah.....Dalam apa jua perbuatan yang akan dilakukan anak-anakku mulailah dengan Bismillah

Ayat 6 Surah Al Maidah ,
Hai orang yang beriman apabila kamu hendak mengerjakan solat
maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku dan sapulah kepalamu dan basuh kakimu sampai buku lali
dan jika kamu junub maka mandilah
dan jika kamu sakit
atau dalam perjalanan
atau kembali dari tempat buang air
atau menyentuh perempuan secara seksual lalu kamu tidak memperolehi air maka
bertayamumlah dengan tanah yang kering
sapulah mukamu dan tangan dengan tanah itu
Allah tidak hendak menyulitkan kamu tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatNya bagimu supaya kamu bersyukur

Dalam tafsiran ayat ini ditekankan akan kebersihan dan kesucian dalam islam samada kesucian fizikal dan spiritual.Allah telah menyenaraikan method bagaimana wuduk tersebut dilaksanakan dan jika ketiadaan air maka kita boleh bertayamum dan keadaan macamana kita boleh bertayamum.

Di Akhirat nanti Rasulullah akan mengenali kita dari cahaya muka yang terpancar dari amalan wuduk yang sempurna dan menjadi kelaziman orang di arab saudi anakku mereka sentiasa memastikan mereka dalam keadaan berwuduk....maka kita juga jadikan amalan supaya kita sentiasa dalam keadaan berwuduk insyaalah....

Seperkara lagi anakandaku doa selepas berwuduk juga ditekankan dan bacalah ya anakanda dan tak panjang mana ayatnya

Sabda Rasullullah SAW:"Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata, 

Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, 
wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, 
Allah hummaj 'alni minat tawwaabin,
waj'alni minal mutatohhiriin 

(maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. 
Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat 
dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri),

akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka.              (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))








Saturday, July 5, 2014

DZIKIR SELEPAS SOLAT

Marilah solat...Marilah Solat....

                    Kalimah ini Sentiasa berkumandang bila azan dilaungkan...Ayuhlah anakandaku sekalian solatlah bila tiba waktunya...segerakanlah solatmu jangan dilengah-lengahkan dan kita tidak tahu apa yang akan berlaku sempatkah solat sebelum nyawa kita diambil....Maka segeralah solat anakanda kalian dan selesai solat mintalah kepada Allah swt apa yang engkau ingini dan Insyaallah doamu akan dimakbulkan
                     
                 


DZIKIR HARIAN

Anakanda Sekalian
        Basahilah lidahmu dengan dzikir yang paling mudah dan ringkas yang hanya memerlukan beberapa saat sahaja untukmu  mengucapkannya



UCAPLAH SELALU TUJUH KALIMAH INI

Anakanda tersayang
              Dalam menjalani kehidupan seharian anak-anakku ucapkanlah kalimah tujuh ini yang dipandang mulia disisi Allah SWT dan jadikan amalan berterusan sehingga akhir hayat.



Sunday, June 22, 2014

PANDUAN PABILA DIUJI MUSIBAH

Anak-anakku
                               Hidup ini penuh dengan ujian dan cabaran untukmu meneruskan kehidupan dan sesungguhnya ujian dan cabaran tersebut lebih akan mendekatkan kita kepada Maha pencipta Allah swt dan dia juga Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
             Sesungguhnya Allah menginginkan  apabila diri manusia diuji dengan musibah sepatutnya :
1)Mencari jalan keluar
    Kita dikehendaki lawan ujian tersebut dan berusaha untuk mencari jalan keluar kerana usaha kita mencari jalan keluar juga akan diberi pahala.Jangan berputus asa dan cari penyelesaiannya.Minta pada Allah untuk diberi petunjuk dan berdoa dan sesungguhnya mengingati Allah pada waktu senang lebih baik dari waktu susah kerana Allah akan mengingati kita pada waktu susah.Doalah anak-anak setiap masa dan setiap ketika di mana jua kalian berada samada waktu duduk,berdiri,baring dan tidormu....
2) Mencari makna disebalik ujian tersebut
     Allah memberi ujian kepada seseorang yang mampu menanganinya dan ada hikmah disebalik setiap ujian yang diberi .Lihat pada pengajaran disebalik setiap kejadian dan semua ini telah dirancang oleh Allah bukan hidup kebetulan.Ada kebaikan pada setiap sesuatu .
3)Berdoa minta gantian yang lebih baik
      2 peluang Allah jadikan diri kita dan rapat dengan Allah ialah
                       a. hajat
                       b.musibah/ujian
  Maka berdoalah anakku iaitu gantikan yang lebih baik dari yang ada.......

Jangan lupa anakku pesanan ibu sentiasa  berzikir dan berdoa.....

  sumber : youtube ustaz amin dan washap

RAISING CHILDREN IN ISLAM

by
Shaik Ismail Menk
Mufti Zimbabwe

                    Syukur alhamdulillah diberi rezeki dapat menghadirkan diri di Majlis ini
               
There are  6A raising children in islam

  • Attention
  • Acceptence
  • Approval
  • Acknowledge/appreciation
  • Affection
  • Authority

Wednesday, June 18, 2014

10 PERKARA DALAM SOLAT

Anak-anakku
            ketahuilah bahawa dalam solat mempunyai banyak perkara yang perlu dilihat dan diselami yang menjadi tonggak dalam ibadat kita untuk mengadap Maha Pencipta Allah swt.
   
10 perkara dalam solat ialah

  1. Solat membesarkan Allah iaitu Allahuakbar
  2. Minta hidayah menuju jalan yang lurus bukan sahaja agama tetapi keputusan hidup yang tepat iaitu siratol mustaqim
  3. Minta Ampun iaitu Rabbighfirli (Tuhanku,ampuni aku)
  4. Minta dikasihi iaitu warhamni (sayangi aku)
  5. Minta dicukupi iaitu wahdini (berilah aku petunjuk)
  6. Minta darjat iaitu warfa'ni(angkatlah darjatku)
  7. Minta rezeki iaitu Warzuqni(berilah aku rezeki)
  8. Minta sihat iatu Wa'afini(sihatkan aku)
  9. Selawat Nabi Muhammad saw (dalam doa tahiyat )
  10. Sahadah dan salam 
Wahai anak-anakku
         Sewaktu solat tumpulah sepenuh hati kerna dalam solat setiap ungkapan adalah doa.Perhalusi dan hayati doa antara dua sujud ini

1) Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
2) Warhamni (sayangi aku)
3) Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
4) Warfa’nii (angkatlah darjatku)
5) Warzuqnii (berilah aku rezeki)
6) Wahdinii (berilah aku petunjuk)
7) Wa’Aafinii (sihatkan aku)
8. Wa’fuannii (maafkan aku)

*sumber dari youtube ustaz amin